KUALA LUMPUR 18 Nov. - Digital Crown Holdings Ltd. (DCHL), pengedar produk kecantikan Lampe Berger dan Estebel dari Perancis, merancang untuk membuka beberapa butik spa baru di rantau Asia Pasifik pada tahun hadapan.
Buat masa sekarang, DCHL memiliki lima butik spa masing-masing satu di Taiwan, Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia.
Butik keenam pula akan dibuka di Malaysia pada bulan hadapan, kata Pengurus Negaranya, Sean Lim.
Menurut beliau, kos yang diperlukan untuk membuka sebuah butik spa adalah tinggi iaitu kira-kira RM2 juta justeru pihaknya perlu berhati-hati dalam memilih lokasi yang bersesuaian.
``Kami perlu lebih selektif bagi memastikan butik dan jenama produk kami diterima oleh masyarakat setempat,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas majlis memperkenalkan 17 peserta Pencarian Duta Estebel di Menara HLA di sini hari ini.
Sumber dari utusan malaysia - 19/11/2005

No comments:
Post a Comment