Saturday, April 28, 2007

sumbangan RM120,000 daripada Syarikat DCHL kepada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kes seorang pembantu perikanan di Jabatan Perikanan Terengganu yang ditembak mati oleh penjenayah di Kampung Kokje, Tak Bai di Narathiwat, Selatan Thailand, semalam adalah kes terpencil.

Katanya, beliau telah mengarahkan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman supaya menyiasat kejadian itu dan masih menunggu laporan rasmi dari polis Thailand.

‘‘Kerajaan Malaysia tidak pernah mengenakan sebarang sekatan atau menghalang sesiapa yang ingin pergi ke sana.

‘‘Tapi mereka yang pergi sana (selatan Thailand) perlu menjaga diri masing-masing,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan RM120,000 daripada Syarikat DCHL kepada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bagi membantu program pencegahan jenayah, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang waktu Malaysia semalam (pukul 1 tengah hari waktu Thailand), Che Ayub Yaakub, 51, bersama seorang penghulu warga Thailand, Yusuf mati ditembak oleh penyerang yang tidak dikenali, manakala isteri Yusuf hanya cedera ringan.

Menurut Musa, walaupun Che Ayub yang berasal dari Kampung Perupok Bachok, Kelantan itu seorang pegawai kerajaan, tetapi dia pergi ke tempat tersebut bukan atas urusan rasmi.

‘‘Pegawai kerajaan yang ingin pergi ke sana atas urusan rasmi perlu mendapat kelulusan dari pegawai atasan,’’ jelasnya.

Terdahulu dalam ucapannya Musa memberitahu, kelunturan semangat kejiranan sejak akhirakhir ini merupakan salah satu aspek yang menyumbangkan kepada peningkatan kadar jenayah di negara ini.

Menurutnya, masyarakat kini lebih bersikap mementingkan diri sehingga mengabaikan apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka.

‘‘Jika dulu, sekiranya saya degil dan melakukan kesalahan, jiran saya akan memberitahu ayah saya dan akibatnya saya dirotan,’’ ujarnya.

Katanya, budaya mengambil berat antara satu sama lain itu telah berubah dan masyarakat hari ini lebih bersikap tidak mahu mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Haliza Misbun dan kisah aura Perancis


JOYAH dengar pelakon Haliza Misbun kini sedang bergiat dengan bisnes baru pula dah. Lepas satu-satu nampaknya. Tapi Joyah tabik dengan wanita yang satu ini sebab tak pernah kecewa dengan dunia perniagaan.

Walau apa sekalipun cabaran yang mendatang, minat dan cinta Haliza kental sungguh kepada bisnes. Terbaru Haliza menjadi pengedar produk kecantikan dan kesihatan yang didatangkan khas dari Perancis, Lampe Berger.

Lampe Berger merupakan produk aroma terapi yang diimport khas dari negara berkenaan.

Amboi, sejak makin rapat dengan jejaka Perancis ni, bisnes pun dari Perancis jugalah ya. Gitulah!

‘’Perancis terkenal dengan produk haruman. Salah satu produk yang dibawa masuk wangian aroma terapi untuk rumah dan pejabat.

‘’Ada macam-macam bau yang bersesuaian dengan keinginan pengguna. Untuk peringkat awal ini kita bawa aroma khas untuk anti perokok dan mereka yang menghidap asma.’’ kata Haliza rancak menceritakan soal bisnes terbarunya itu.

Hah, macam mana pula dengan cik abang sayang tu? Dah ada perancangan hendak berkahwin ke?

Joyah dengar mereka sudah mesra sebagai pasangan kekasih sejak sebelum Ramadhan lalu. Haliza pun mesra memanggil jejaka Perancis yang seusia dengannya itu dengan panggilan `sayang’.

Mereka bertemu di tempat `kickboxing’’ lalu sama-sama jatuh cinta dan mesra. Pergi Anugerah Skrin baru ni pun Haliza membawa bersama jejaka pujaan hatinya itu. Tapi macam biasalah, bila ditanya tentang hati dan perasaan, Haliza asyik mengelak saja. Dah Joyah agak.

‘’Memang kami berkawan baik. Tetapi soal masa depan dan perkahwinan, bila sampai masanya saya akan bagi tahu.

‘’Yang pasti kami memang berkawan rapat. Insya Allah segalanya akan berjalan dengan baik,’’ katanya. Tak kisahlah Liza, janji kalau jadi kahwin nanti terus terang saja dengan Joyah. Bagi tahu orang siang-siang. Jangan kahwin lari sudahlah.

Mereka yang berminat dengan bisnes terbaru Haliza ini boleh menghubungi mohd dom 019-2800800

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Digital Crown Holdings Ltd. (DCHL), pengedar produk kecantikan Lampe Berger dan Estebel dari Perancis, merancang untuk membuka beberapa butik spa baru di rantau Asia Pasifik pada tahun hadapan.

Buat masa sekarang, DCHL memiliki lima butik spa masing-masing satu di Taiwan, Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia.

Butik keenam pula akan dibuka di Malaysia pada bulan hadapan, kata Pengurus Negaranya, Sean Lim.

Menurut beliau, kos yang diperlukan untuk membuka sebuah butik spa adalah tinggi iaitu kira-kira RM2 juta justeru pihaknya perlu berhati-hati dalam memilih lokasi yang bersesuaian.

``Kami perlu lebih selektif bagi memastikan butik dan jenama produk kami diterima oleh masyarakat setempat,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas majlis memperkenalkan 17 peserta Pencarian Duta Estebel di Menara HLA di sini hari ini.


Sumber dari utusan malaysia - 19/11/2005

Tuesday, April 3, 2007

The Therapeutic Of Aromatherapy




The therapeutic effect derived from aromatherapy is to enhance and strengthen the internal healing process. This action occurs through an indirect stimulation of an individual’s immunity system.

Lampe Berger Essential Oils contain therapeutic properties such as anti-virus, anti-inflammation, pain relief, anti-depression, as well as expectorant qualities. The essential oils can also stimulate, relax, aid digestion or have a diuretic affect.